17.1.08

Nokhtah


Nokhtah


Akan aku renangi lautan itu,
walaupun aku pasti akan karam,
akan aku daki gunung itu,
walaupun aku pasti tiada kemuncaknya,
tak mungkin semua itu indah akhirnya,

Aku pernah berjanji manismu,
kerana kau janjikan janjimu,
aku pernah mungkir janji,
kerana kau mudah mungkirkannya,

Terlalu mudah arahmu berputar,
bagai tiada yang mungkin pasti,
adakah mencari arah yang terindah,
yang mungkin sukar dihajati,
kau yang tewas di nokhtah itu,

Aku takkan sedih lagikan tangisinya,
nokhtah yang sentiasa aku fikirkan,
bagaikan terlalu besar untukku terima,
kau sememangnya tersasar jauh dari awal,
ia bagiku nokhtah dipenaku,
tiada yang membunuhku,

Manusia sememangnya kejam,
memberikan kata yang memakan diri,
diri yang sememangnya rapuh,ditiup angin keangkuhan,
angin yang terlalu kuat,
sedangkan aku tidak pernak sedar,

Aku terlalu ingin berkata-kata,
menyatakan masih ada sayang itu,
tetapi aku terlalu lemah,
untuk mulakan semula yang telah berlalu,
terlalu takut untuk dibunuh kali kedua,
biarkan berakhir di mataku,
tetapi bukan di lenaku,
terlalu indah wajah itu untuk ku kenang,
biarkan di situ disampingku,

Tiada ulasan: