3.1.09

awan awan menangis

rintik-rintik mendung mengundang ke mana
tiada ingin gerimis berhujan ke mana
redup ke mana menghilang bawanya pergi
meredah dia awan awan menangis
bawaku kesana biar kemana dia dimana

awan jangan kau menangis menikam ku
awan jangan kau bersedih bersama ku
lupakan ke mana wajah wajah itu terpahat
mengukir seindah kesedihan tanpa
tanpa akhirnya tanpa penyudahnya

15.9.08

Aku Pernah Ada

aku pernah berada di sini
pernah meminta simpati difahami
berada di jalan-jalan berliku tiada kesal
di sini aku bermula dan berakhir

aku pernah berduka di sini
pernah menjawab segala perih
berduka kerana hati manusia
di sini aku takkan berganjak

aku pernah bermimpi di sini
pernah mendakap awan-awan gerimis
bermimpi mimpi-mimpi semalam
di sini aku pasti malam itu benar

Di Hujung Malam


Pepohon rimbun itu segar bagai sendirian
tiada siraman sejernih membasahi dedaunnya
pusaran terik mentari mendakap erat
menanti burung2 keriangan menghinggapi
setia menemani sang bulan di hujung2 malamnya

17.1.08

Pengemis Hitam


Pengemis Hitam


Jalan itu seakan masih berlubang,
mempamerkan kebodohan sesiapa,
meredah hujan di hari-harinya,
menumpang berteduh di hati-hatinya,
gejolak emosi si pengemis di hutan,

Pintu buruk itu terbuka seluasnya,
angin kedamaian menderu menghempasnya,
hanyut dalam kerinduan keduniaan,
mendidik dirinya mengejar kealpaan,
merindukan kemusykilan si pujangga,

Bunga-bunga berterbangan di taman kematian,
melengkapkan deria keinsafan pengunjung setia,
pintu itu tertutup menanti ketika,
melapangkan waktu kalahkan dirimu sendiri,
si hina didalam hujan gerimis keresahan,

Lukisan Anak Kecil


Lukisan Anak Kecil


Lukiskan pada ku riang semalam,
warnai dengan keikhlasan hati sang pelangi,
dan mungkin pasti kau terus mengerti perjalanan itu,
dan mungkin kau takkan biarkan anak kecil itu,
menangis menanti ibunya pulang,

Lukiskan pada ku mimpi-mimpi mu,
melangkah bintang-bintang membawa sang perawan,
dan tanyakan bila ianya ingin pulang,
dan pati anak kecil itu,tidak ingin kembali ke buaiannya,

Lukiskan pada ku hati-hati mereka,
menyayangi sang bulan terang membunuhnya,
apa yang hendak difahami,
kau seperti anak kecil,
terlalu inginkan kasih sayang,

Hati Mereka


Hati Mereka


Semuanya seakan tidak menentu,
hendak berjalan tiada jalannya,
hendak lelap tiada singgahnya,
entah siapa perlu disalahkan,
adakah mereka yang bersalah,

Mulut itu terlalu mudah mencela,
menghina bagai tiada batasan,
menyakitkan telinga yang sudah parah,
biarkan mereka dengan hati mereka,
mengagungkan diri yang lemah,

Jangan semudahnya menuding jari,
entah siapa ingin disalahkan,
hendak sahaja dipotong jari itu,
biar tiada pengkianat nanti,
biar tiada menikan diri,

Hari-Hari Itu


Hari-Hari Itu


Hari ini aku menunggu lagi,
tak tahu apa yang dinanti,
menanti malam yang sudah di mata,
menanti siang yang tidak tahu ceritanya,

Malam itu terlalu banyak isinya,
ia bercerita terlalu panjang,
aku sudah tidak faham maksudnya,
mungkin aku sudah tidak kisah,
dan mungkin aku terlalu asyik,

Aku sudah tidak tahu siapa aku,
tidak tahu sedihnya aku malam ini,
tidak tahu gembiranya,
terlalu rumit untuk diertikan,
buat orang yang lemah,

Aku terlalu merubahnya,
sampai tiada siapa yang mengerti,
mengenal apa yang terjadi,
merubah sesuatu yang telah berubah,
aku takkan lemah di situ,

Kesilapan Itu


Kesilapan Itu


Aku tersilap lagi,
ramalan itu ternyata rabun,
mengharapkan sesuatu yang baru,
tetapi tetap diselubungi kabus hitam,
yang nyata terlalu gelap,

Biarkan dia dengan hidupnya,
terlalu banyak erti hidup yang diingininya,
barangkali terlalu gembira,
sampaikan sedih itu telah tenggelam,
adakah dia telah faham,

Bisakan malamnya terus gelap,
dan siangnya tetap bercahaya,
semuanya tidak mungkin begitu,
tentu akhirnya semuanya akan terhenti,
maka tiada lagi kekesalannya,

Oh sampai bila ia akan berkesan,
melupakan yang telah lalu,
melupakan akibat yang besar maknanya,
dia tidak akan menerimanya,
tidak ingin cuba menanggungnya,
biarkan semuanya berbahagia,

Terlalu banyak ruang dilihatnya,
sampaikan tiada dapat dipejam mata,
mencari jalan yang sentiasa ada,
cuma hatinya terlalu keras menerimanya,
bagai menyalahkan ruang yang tenggelam,
yang telah jauh melambai,
lambainnya terlalu jauh untuk diingati,
sampaikan ia tetap ingin di situ,

Aku sudah tidak ingin bersama lambaian itu,
biarkan aku di sudut ini,
menantikan hari itu yang dijanjikan,
semoga tiada kesal yang ditangisi,
semoga tiada tangis yang berkesan,
indahnya hidup itu diakhirnya,

Nokhtah


Nokhtah


Akan aku renangi lautan itu,
walaupun aku pasti akan karam,
akan aku daki gunung itu,
walaupun aku pasti tiada kemuncaknya,
tak mungkin semua itu indah akhirnya,

Aku pernah berjanji manismu,
kerana kau janjikan janjimu,
aku pernah mungkir janji,
kerana kau mudah mungkirkannya,

Terlalu mudah arahmu berputar,
bagai tiada yang mungkin pasti,
adakah mencari arah yang terindah,
yang mungkin sukar dihajati,
kau yang tewas di nokhtah itu,

Aku takkan sedih lagikan tangisinya,
nokhtah yang sentiasa aku fikirkan,
bagaikan terlalu besar untukku terima,
kau sememangnya tersasar jauh dari awal,
ia bagiku nokhtah dipenaku,
tiada yang membunuhku,

Manusia sememangnya kejam,
memberikan kata yang memakan diri,
diri yang sememangnya rapuh,ditiup angin keangkuhan,
angin yang terlalu kuat,
sedangkan aku tidak pernak sedar,

Aku terlalu ingin berkata-kata,
menyatakan masih ada sayang itu,
tetapi aku terlalu lemah,
untuk mulakan semula yang telah berlalu,
terlalu takut untuk dibunuh kali kedua,
biarkan berakhir di mataku,
tetapi bukan di lenaku,
terlalu indah wajah itu untuk ku kenang,
biarkan di situ disampingku,

Bayangan Semalam


Bayangan Semalam


Wajahmu terlalu indah untuk ku pandang,
tidak ingin aku butakan mata ini,
untuk cuba lupakan manismu,
aku cuba pejamkan mata ini seketika,
namun kau tetap di situ selamanya,
senyuman itu tidak pernah pudar menghiasi,

Aku mungkin hanya ingin memandangmu,
hatiku sudah hilang ke mana,
tiada dalam hati untuk memilikimu,
terlalu jauh aku menghilang pergi,
mengharapkan yang telah terkubur,
kau sebenarnya penawar duka itu,

Aku seakan berani memandang kedalam mu,
tiada siapa ingin menghalang,
perasaan itu terlalu meronta,
bagai dirasuk pergi,
tiada siapa yang tertahan,
menahan diri dari berdosa,

Hiasmu terlalu merayu,
mendambakan yang terindah,
keindahan yang terlalu pahit,
kasih itu terlalu berbisa,
melenyapkan kewarasan mimpi,
berikan aku sedikit ketenangan,
agar duniaku ini adalah milik ku,