15.9.08

Aku Pernah Ada

aku pernah berada di sini
pernah meminta simpati difahami
berada di jalan-jalan berliku tiada kesal
di sini aku bermula dan berakhir

aku pernah berduka di sini
pernah menjawab segala perih
berduka kerana hati manusia
di sini aku takkan berganjak

aku pernah bermimpi di sini
pernah mendakap awan-awan gerimis
bermimpi mimpi-mimpi semalam
di sini aku pasti malam itu benar

1 ulasan:

Mr Aan berkata...

bgs puisi ni...